Sumbangan kepada Angkatan Belia Wawasan bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank bernombor 107108068792.
Semoga rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada tuan/puan semakin bertambah selepas tuan/puan menyumbang kepada Persatuan ini. Terima kasih.
TUJUAN dan MATLAMAT
- Menyatukan ahli-ahli di dalam sebuah Persatuan demi membentuk satu pasukan yang berkerjasama dalam membangunkan masyarakat dan negara.
- Menggembeleng tenaga para ahli dan sukarelawan yang ada untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat.
- Mewujudkan sebuah pusat motivasi dan pusat sumber kepada ahli sebagai tempat rujukan dan penyelidikan serta pengembangan ilmu pengetahuan.
- Menjalinkan hubungan dengan Persatuan-Persatuan yang berdaftar dalam negara bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan menjayakan matlamat dan tujuan Persatuan.
- Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli dan masyarakat.
- Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin dikalangan ahli.
- Menggalakkan aktiviti sukan dan kemasyarakatan agar dapat memupuk disiplin yang tinggi.
- Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui aktiviti kebudayaan.
- Menyediakan tabung bantuan kadar segera kepada mana-mana ahli dan masyarakat yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam.
- Menyediakan saluran maklumat yang bermanfaat kepada ahli dan masyarakat melalui saluran yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
- Memupuk generasi muda supaya saling hormat-menghormati dan membendung aktiviti tidak sihat serta masalah sosial.
- Menerima sumbangan dan menguruskannya sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli-ahli Persatuan sendiri (selain daripada yuran ahli) atau daripada mana-mana pihak sama ada individu atau institusi/ syarikat/firma dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan dan maksud Persatuan.
- Persatuan boleh memiliki, membeli, menjual dan mencagar harta tanah, harta bangunan dan lain-lainnya sama ada bentuk harta alih atau tak alih dan Persatuan juga boleh menguruskan harta-harta itu secara yang difikirkan sesuai serta membawa manfaat kepada Persatuan dengan melaburkan mana-mana kumpulan wang Persatuan yang tidak diperlukan segera dalam apa-apa aktiviti pelaburan dan perniagaan yang difikirkan sesuai demi menampung kedudukan kewangan mana-mana pengurusan harta adalah menjadi milik Persatuan dan hendaklah digunakan untuk kepentingan Persatuan bagi memajukan Persatuan dan dalam menjayakan tujuan-tujuan dan maksud Persatuan. Tidak boleh sebahagian pun daripada wang tersebut digunakan untuk membayar dividen atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan.
- Persatuan boleh memungut derma daripada orang awam bagi memenuhi tabung kewangannya setelah mendapat kebenaran daripada pendaftar persatuan dan pihak berkuasa berkenaan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment