Sumbangan kepada Angkatan Belia Wawasan bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank bernombor 107108068792.

Semoga rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada tuan/puan semakin bertambah selepas tuan/puan menyumbang kepada Persatuan ini. Terima kasih.


.

Friday, September 4, 2009

Aktiviti Sepanjang Ogos

1. Gotong-royong Perdana
Tempat : Kampung Besar, Nibong Tebal
Tarikh : 1hb Ogos 2009


Membersihkan kawasan kubur Masjid Kg. Besar

Dewan Orang-ramai turut dibersihkan

Kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat

Pembersihan di sepanjang jalan utama

Turun padang - YB Ustaz Maktar (ADUN Sg. Bakap) turut serta


2. Gotong-royong
Tempat : Flat Taman Seruling Emas, Sungai Bakap

Tarikh : 15hb Ogos 2009




Wednesday, September 2, 2009

Membeli sambil menjana ekonomi ABW

Peluang kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan sampingan.
Lumayan... Agen dan Stokis diperlukan...
Belian anda secara tidak langsung menambahkan dana Angkatan Belia Wawasan.

(Klik pada imej untuk paparan lebih jelas)





Untuk keterangan lanjut, sila hubungi AMY (017-5781875)


Tuesday, September 1, 2009

BELIA DISARAN AKTIF DALAM PROGRAM KBS

Paroi, 21 Mac – Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada semua golongan muda melibatkan diri menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan pihak kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan.


Dalam kegawatan ekonomi yang melanda dunia kini, warga belia disarankan untuk menyertai program- program keusahawanan yang dianjurkan oleh KBS. Disamping itu, golongan muda digalakkan untuk menceburi bidang kemahiran dan melakukan aktiviti sukan dan kecergasan supaya hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan belia yang berkemahiran dan berwibawa tercapai.


Beliau ditemui ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Usahawan Belia, Pendidikan dan Sukan Bermotor Asean 2009 di sini. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.


Pada majlis tersebut Menteri Belia dan Sukan turut menyampaikan ‘’Mock Cek’ berjumlah RM 10 juta bagi pembinaan 2 gelanggang multisport bagi setiap kawasan DUN. Beliau juga turut menyampaikan ‘Mock Cek’ Skim Tabung Ekonomi kepada Usahawan Muda dan Pentauliahan Rakan Niaga Kad Rakan Muda.


Karnival yang diadakan di Tapak Bekas Kem Paroi ini akan dijadikan sebagai tapak sukan bermotor dan aktiviti permotoran. Disamping itu, turut diadakan beberapa aktiviti seperti stunters, sesi tunggang uji motosikal, drag challenge, skill riding, pertandingan live spray dan autoshow.


SATU SUARA, SATU KOMUNITI, SATU PERSATUAN

Kuala Lumpur, 22 Mac – Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan satu juta orang akan menyertai persatuan belia menjelang akhir tahun ini menerusi Kempen Satu Suara, Satu komuniti, Satu Persatuan.


Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi kempen itu beliau yakin sasaran mewujudkan persatuan belia diseluruh komuniti sama ada bandar atau luar bandar mampu dirasai. Katanya lagi, untuk memperkasakan pembangunan belia dan mengaktifkan persataun belia yang ada, program seperti ini dilihat sangat sesuai dilaksanakan kerana menepati cita rasa belia masa kini. Beliau berkata sedemikian sempena Majlis Pelancaran Kempen Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan di sini hari ini.


Kumpulan sasar utama bagi kempen tersebut ialah golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun. Selain itu, menurutnya antara aktiviti menarik yang dikenal pasti seperti Gerak Daftar Pertubuhan Belia (ROY), Sukan Antara Persatuan termasuk kerjasama antara agensi dan bantuan promosi melalui media cetak dan elektronik dari masa ke semasa. KBS juga akan memberikan insentif RM1000 kepada setiap persatuan yang telah mendapat kelulusan dan sijil pendaftaran dari pendaftar pertubuhan belia untuk bantuan kos pengurusan dan pentadbiran persatuan belia yang baru ditubuhkan.


Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Fathul Razi haji Bakri dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian belia, Encik Madzrib Ibrahim.


TUJUAN dan MATLAMAT

  • Menyatukan ahli-ahli di dalam sebuah Persatuan demi membentuk satu pasukan yang berkerjasama dalam membangunkan masyarakat dan negara.

  • Menggembeleng tenaga para ahli dan sukarelawan yang ada untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat.

  • Mewujudkan sebuah pusat motivasi dan pusat sumber kepada ahli sebagai tempat rujukan dan penyelidikan serta pengembangan ilmu pengetahuan.

  • Menjalinkan hubungan dengan Persatuan-Persatuan yang berdaftar dalam negara bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan menjayakan matlamat dan tujuan Persatuan.

  • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli dan masyarakat.

  • Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin dikalangan ahli.

  • Menggalakkan aktiviti sukan dan kemasyarakatan agar dapat memupuk disiplin yang tinggi.

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui aktiviti kebudayaan.

  • Menyediakan tabung bantuan kadar segera kepada mana-mana ahli dan masyarakat yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam.

  • Menyediakan saluran maklumat yang bermanfaat kepada ahli dan masyarakat melalui saluran yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

  • Memupuk generasi muda supaya saling hormat-menghormati dan membendung aktiviti tidak sihat serta masalah sosial.

  • Menerima sumbangan dan menguruskannya sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli-ahli Persatuan sendiri (selain daripada yuran ahli) atau daripada mana-mana pihak sama ada individu atau institusi/ syarikat/firma dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan dan maksud Persatuan.

  • Persatuan boleh memiliki, membeli, menjual dan mencagar harta tanah, harta bangunan dan lain-lainnya sama ada bentuk harta alih atau tak alih dan Persatuan juga boleh menguruskan harta-harta itu secara yang difikirkan sesuai serta membawa manfaat kepada Persatuan dengan melaburkan mana-mana kumpulan wang Persatuan yang tidak diperlukan segera dalam apa-apa aktiviti pelaburan dan perniagaan yang difikirkan sesuai demi menampung kedudukan kewangan mana-mana pengurusan harta adalah menjadi milik Persatuan dan hendaklah digunakan untuk kepentingan Persatuan bagi memajukan Persatuan dan dalam menjayakan tujuan-tujuan dan maksud Persatuan. Tidak boleh sebahagian pun daripada wang tersebut digunakan untuk membayar dividen atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan.

  • Persatuan boleh memungut derma daripada orang awam bagi memenuhi tabung kewangannya setelah mendapat kebenaran daripada pendaftar persatuan dan pihak berkuasa berkenaan terlebih dahulu.